Friday 9 May 2014

Koleksi Terkini : Princess Palazo

Teks : Nor Azua Ruslan

[ SARA Shopstyle Kids ]


Akan Datang di SARA Shopstyle. 

Princess Palazo ini menggunakan material lycra yang
 ringan, tidak panas dan sesuai digayakan untuk bersantai.

Untuk si cilik yang lincah dan aktif tetapi tetap selesa bergaya.


Nantikan kemunculannya di Butik SARA Shopstyle.

Admin,
SARA Shopstyle.blogspot

Thursday 8 May 2014

Koleksi Terkini : Princess Cut Dress

Teks : Nor Azua Ruslan

[ SARA Shopstyle Kids ]


Akan Datang di SARA Shopstyle. 

Princess Cut Dress ini menggunakan fabrik cotton sebagai
top dan flawless satin sebagai gaun. Mempunyai perincian reben dan piping dengan warna shocking pink. Kedua-dua material ini ringan, tidak panas dan sesuai digayakan ke majlis-majlis resepsi, rumah terbuka atau parti hari jadi.

Pasti si comel anda nampak anggun dan bergaya nanti.

Nantikan kemunculannya di Butik SARA Shopstyle.

Admin,
SARA Shopstyle.blogspot

Imbas Kembali : Koleksi Pertama SARA Shopstyle Women

Teks : Nor Azua Ruslan

[ SARA Shopstyle Women ]


Imej : Koleksi Pertama SARA Shopstyle

09 April 2013 adalah hari yang bersejarah bagi SARA Shopstyle kerana koleksi pertama SARA Shopstyle Women dilancarkan. Koleksi Ready-To-Wear ini terdiri daripada seluar palazo lengkap dengan tali pinggang yang amat selesa, chiffon blouse yang mempunyai perincian lace dan bertahtakan diamond pearl serta chiffon blouse yang berperincian rose crochet. Kedua-dua koleksi blouse ini lengkap dengan full lining. Sesuai digayakan untuk muslimah yang sukakan gaya santai namun masih mempunyai ciri-ciri sopan dalam penggayaan. Alhamdulillah, kesemua koleksi ini habis dijual.
  

Imej : Koleksi Seluar Palazo

Imej : Koleksi Chiffon Blouse dengan Lace dan Pearl

Imej : Koleksi Chiffon Blouse dengan Rose Chrocet


Admin,
SARA Shopstyle.blogspot

Penubuhan dan Pendaftaran Syarikat

SARA Shopstyle adalah syarikat yang diasaskan oleh Pn. Nor Azua Ruslan pada 07 Mac 2013. Syarikat ini pertama kali didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, KPDNKK pada 28 April 2013 sebagai SARA Shopstyle Enterprise. Syarikat ini didaftarkan sebagai syarikat yang menjual pakaian secara online. SARA Shopstyle mula melancarkan koleksi pertamanya SARA Shopstyle Women yang menjual produk pakaian Ready-to-Wear. 

SARA Shopstyle beroperasi 100% online melalui website http://www.sarashopstyle.com.my dan mempromosikan koleksinya melalui Facebook Fan Page https://www.facebook.com/SARA.Shopstyle
Tahun ini (tahun 2014), pengasas syarikat ini akan memulakan langkah baru rebranding produk syarikat dengan memfokuskan kepada perkhidmatan dan produk-produk baru seperti berikut:

1. SARA Shopstyle Kids
2. SARA Shopstyle Deco

[ SARA Shopstyle Kids ]
Berdasarkan pengalaman syarikat menjual pakaian Ready-to-Wear melalui koleksi SARA Shopstyle Women, sambutan yang diterima kurang memberangsangkan. Justure, minat mendalam pengasas dalam bidang senibina dan pakaian mendorong kami menuntut ilmu dalam bidang jahitan untuk mendapatkan kepuasan dalam rekaan custom made dress kanak-kanak. Mendapat inspirasi daripada bidadari kecil bernama Sarah yang selalu menjadi model kami, maka koleksi ini pun diwujudkan kerana kami mahu berkarya sebagai Designer dan Dressmaker.


[ SARA Shopstyle Deco ]
Pengasas mempunyai latar belakang sebagai seorang arkitek yang selalu terlibat dalam projek-projek ubahsuai hiasan dalaman pejabat. Kami menawarkan perkhidmatan dekorasi, hiasan dalaman dan rekabentuk perabot untuk pelanggan. Produk terbaru ini diwuudkan kerana kami mahu berkarya sebagai Designer dan Decorator.


Semoga bermanfaat

Admin, SARA Shopstyle.blogspot