Thursday 8 May 2014

Penubuhan dan Pendaftaran Syarikat

SARA Shopstyle adalah syarikat yang diasaskan oleh Pn. Nor Azua Ruslan pada 07 Mac 2013. Syarikat ini pertama kali didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, KPDNKK pada 28 April 2013 sebagai SARA Shopstyle Enterprise. Syarikat ini didaftarkan sebagai syarikat yang menjual pakaian secara online. SARA Shopstyle mula melancarkan koleksi pertamanya SARA Shopstyle Women yang menjual produk pakaian Ready-to-Wear. 

SARA Shopstyle beroperasi 100% online melalui website http://www.sarashopstyle.com.my dan mempromosikan koleksinya melalui Facebook Fan Page https://www.facebook.com/SARA.Shopstyle
Tahun ini (tahun 2014), pengasas syarikat ini akan memulakan langkah baru rebranding produk syarikat dengan memfokuskan kepada perkhidmatan dan produk-produk baru seperti berikut:

1. SARA Shopstyle Kids
2. SARA Shopstyle Deco

[ SARA Shopstyle Kids ]
Berdasarkan pengalaman syarikat menjual pakaian Ready-to-Wear melalui koleksi SARA Shopstyle Women, sambutan yang diterima kurang memberangsangkan. Justure, minat mendalam pengasas dalam bidang senibina dan pakaian mendorong kami menuntut ilmu dalam bidang jahitan untuk mendapatkan kepuasan dalam rekaan custom made dress kanak-kanak. Mendapat inspirasi daripada bidadari kecil bernama Sarah yang selalu menjadi model kami, maka koleksi ini pun diwujudkan kerana kami mahu berkarya sebagai Designer dan Dressmaker.


[ SARA Shopstyle Deco ]
Pengasas mempunyai latar belakang sebagai seorang arkitek yang selalu terlibat dalam projek-projek ubahsuai hiasan dalaman pejabat. Kami menawarkan perkhidmatan dekorasi, hiasan dalaman dan rekabentuk perabot untuk pelanggan. Produk terbaru ini diwuudkan kerana kami mahu berkarya sebagai Designer dan Decorator.


Semoga bermanfaat

Admin, SARA Shopstyle.blogspot


No comments:

Post a Comment